Tuesday, August 10, 2010
Martin O'Neill letak jawatan secara tiba-tiba sebagai pengurus Aston Villa
Martin O'Neill letak jawatan secara tiba-tiba. Pengurus kepada kelab Aston Vila ini telah mengeluarkan kenyataan rasminya didalam laman web rasmi Aston Villa.
"Saya mengharungi musim yang cukup menakjubkan bersama kelab ini. ia adalah kenangan yang pahit untuk meninggalkan kelab yang cukup menakjubkan ini."
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pemain Villa, rakan sepasukan dan penyokong Aston Villa di atas sokongan dan galakan mereka terhadap saya dan kelab ketika saya sebagai pengurus."
Ketua Ekskutif Aston Villa, Paul Faulkner berkata" Saya ingin mengucapkan terima kasih kepadaMartin diatas kerja yang menakjubkan ke atas Aston Villa selama 4 tahun."
"Dia telah membawa kelab ke tempat yang menbanggakan dalam liga perdana. Membawa kelab layak ke Wembley dan kejohanan Eropah. Kami harap terbaik untuknya di masa hadapan."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment