Monday, July 26, 2010
Forlan Masuk? Torres Keluar?
Terbaru,Diego Forlan dijadikan sebagai sasaran terbaru The REDS setelah Roy Hodgson mengaku bahawa Pemain Sepanyol itu mungkin akan keluar dari Anfield. Liverpool akan melancarkan bidaan untuk Diego Forlan sekiranya Fernando Torres bersetuju untuk keluar dari Anfield.
Nilai semasa Diego Forlan adalah sekitar 15 juta pound. Bekas pemain Manchester United ini menikmati musim gemilang ketika menjuarai Liga Europa dan dipilih sebagai Pemain Terbaik Piala Dunia DI Afrika Selatan 2010.
Nilai semasa Torres adalah sekitar 50 juta pound.Persembahan teruk ketika di Piala Dunia dan kecederaan teruk yang menimpa menyebabkan pemain ini mengalami kejatuhan prestasi pada musim lepas.Chelsea merupakan satu-satunya kelab yang menunjukkan minat mendalam terhadap penyerang Sepanyol ini.
Adakah Fernando Torres akan ke Chelsea dengan rekod kecederaan dan persembahan yang tidak begitu menyakinkan? Mungkin ini merupakan satu perjudian buat Chelsea sekiranya hal ini benar-benar berlaku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment