Roberto Mancini tidak sampai satu musim pun mengendalikan Manchester City pada musim lepas. Namun, barisan pemain-pemain yang ada di Manchester City serta kualiti yang ada pada tahap kepimpinan beliau tidak cukup untuk menghadiahkan slot ke Liga Juara-Juara seperti yang direncanakan. Setelah era Mark Hughes berakhir,rejim Mancini mula mengorak langkah..
Ketika awal kepimpinan Mancini pada musim lepas,ramai pemain-pemain Manchester City tidak sehaluan dengan latihan keras dan berat diamalkan oleh Mancini.Carlos Tevez mungkin satu2nya pemain yang menyuarakan pendapat ini. Selain dari itu,ketika mula mengambil alih pengurusan kelab Manchester City. Mancini telah memasukkan player muda berbakat; Adam Johnson, Bek Brazil dari Barcelona; Sylvinho dan Patrick Viera.
Namun itu tidak cukup untuk memuaskan hati Mancini,dengan memperalatkan hutang-hutang yang dialami oleh kelab2 kuat di Eropah,Manchester City yang mempunyai budget MEGA. telah menarik pemain-pemain berbakat untuk menjejakkan kaki di Eastland. David Silva,Jerome Boateng dan Yaya Toure telah berjaya diikat kemas oleh Mancini.
Terbaru,pemain tengah England,James Milner telah meluahkan hasrat hatinya untuk bersama Mancini di Manchester City.James Milner merupakan pemain yang memiliki sepakan yang cukup kencang. London Donovan juga dikhabarkan bakal dilamar oleh Roberto Mancini.Prestasi baik yang ditunjukkan oleh Donovan ketika beraksi bersama Amerika Syarikat dan Everton pada musim lepas menarik minat Mancini.
Mario Balotelli yang mengalami masalah komunikasi dan hubungan kurang baik dengan pengurusan Inter Milan juga didalam radar Mancini.dikhabarkan perbincangan telah dilakukan untuk membawa Mario Balotelli ke Eastland. Penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris pada musim lepas juga tawarkan ke Manchester City.
Adakah Roberto Mancini dengan gaya Mafia Italy akan merosakkan bola sepak? Dapatkah Manchester City menjadi juara Liga? kita tunggu aksi musim 2010/2011.
No comments:
Post a Comment