Friday, July 30, 2010

Mark Hughes Kembali Memimpin




Bekas pengurus Manchester City,Mark Hughes telah mengisi jawatan kosong yang ditinggalkan Roy Hodgson sebagai pengurus baru di Fulham.

Kontrak selama 2 tahun telah ditandatangani.Mark Hughes sejak dipecat dari Manchester City telah dikaitkan dengan beberapa jawatan penting di England dan luar England. Namun, Al Fayed,pemilik Fulham terus mendapatkan persetujuan dari Hughes sebgai pengurus baru mereka setelah khidmat Martin Jol tidak dapat diperolehi.

Sementara itu. sebagai penyuntik motivasi kepada skuad Fulham, Mark Hughes dikhabarkan sedia untuk membawa bekas pemainnya di Manchester City. Craig Bellamy merupakan sasaran utama Hughes setakat ini.beliau bagaimanapun mendapat cabaran dari kelab utara London,Tottenham. Stephen Ireland dan Rogue Santa Cruz juga antara pemain yang ingin di bawa Hughes ke Craven Cottage.

No comments:

Post a Comment